Join The Community

Search

Saturday 24 December 2011

5 Kelebihan Kamera DSLR

kelebihan dslrKamera DSLR sudah menjadi gaya hidup masa kini penduduk Malaysia. Walaupun anda bukan seorang jurukamera professional, dengan DSLR semua itu boleh menjadi nyata. Kemajuan teknologi yang ada pada kamera DSLR memberikan banyak kelebihannya kepada para pengguna walaupun pada seorang yang baru menggunakan kamera.

5 Kelebihan Kamera DSLR

Kualiti gambar – Kelebihan utama kamera DSLR adalah kualiti gambar yang cantik dan bermutu tinggi. Ia disebabkan oleh pengesan (sensor) yang lebih luas. Buktinya melalui perbezaan Kamera DSLR Nikon D40 yang hanya mempunyai 6 Megapixel dengan Kamera Digital biasa 12 Megapixel. Walaupun saiz pixel kecil tetapi gambar lebih jelas dan cantik.

Fleksibel – Berbeza dengan kamera kompak biasa, lensa kamera DSLR boleh diganti dengan pelbagai jenis lensa yang bersesuaian dengan tempat. Contohnya lensa asal (kit lens) ditukar kepada lensa yang lebih luas (wide lens).

Kepantasan semasa mengambil gambar. Ini disebabkan oleh konfigurasi dan teknologi yang ada pada DSLR seperti shutter speed. Kamera kompak mengambil masa yang lama untuk auto fokus tetapi DSLR mengambil gambar dengan pantas tanpa blur dengan mengguna konfigurasi yang betul.

Kawalan sepenuhnya pada gambar yang akan diambil. Kamera DSLR memberi kelebihan kepada pengguna untuk konfigurasi mengikut kehendak dan jenis gambar yang bakal dihasilkan.

Kualiti gambar yang baik walaupun semasa kekurangan cahaya. Kelebihan ini tiada pada kamera kompak. Kamera DSLR boleh mengambil gambar walaupun tanpa menggunakan flash. Kamera DSLR mampu mengambil gambar apabila ada sedikit cahaya kerana ciri-ciri yang dipanggil ISO. Ia membuatkan sensor digital lebih sensitif terhadap cahaya.
Sumber

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...