Join The Community

Search

Saturday, 24 December 2011

JYOTI AMGE AMBIL ALIH GELARAN WANITA TERPENDEK DI DUNIA


Seorang pelajar India yang berukuran lebih sedikit dari dua kaki telah disahkan sebagai 
wanita  terpendek di dunia oleh Guinness World Records.Gelaran itu sebelum ini dipegang oleh Bridgette Jordan, yang pernah disiarkan di blog ini.Cik Jyoti Amge dengan ketinggian 
62.8cm (24.7in) dianugerahkan gelaran ini ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 18  hari ini, 16 Dis.Pada tahun 2009, dia dinamakan sebagai remaja terpendek di dunia
 dengan ketinggian 61.95cm.


Berpakaian sari tradisional, Cik Amge berdiri di atas kerusi di sebelah tempat duduk Rob Molloy, pengadil rasmi untuk Guinness World Records, sambil memotong kek hari jadinya."Selaras dengan garis panduan kami, Jyoti diukur tiga kali dalam tempoh 24 jam oleh doktor," kata Guinness World Records.Cik Amge telah menghadiri sekolah sejak dia berumur empat tahun dan baru sahaja selesai mengambil peperiksaan sekolah tinggi. Cik Amge merancang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti sehingga menggenggam ijazah.Gadis ini juga mengimpikan untuk menjadi pelakon Bollywood.




Wanita terpendek lain yang pernah dicatatkan dalam rekod 
adalah Pauline Musters (1876-1895), Belanda, dengan ketinggian 61cm.
Sumber

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...