Join The Community

Search

Saturday 24 December 2011

KERANA DAH TAK LAKU , ARTIS JUAL GANJA



LOS ANGELES - Usia Heather Donahue mungkin belum terlalu tua. Namun, artis yang kini berusia 37 tahun ini memutuskan meninggalkan dunia lakonan untuk menjual ganja.

Heather Donahue pencen setelah tak lagi mendapat tawaran lakonan. Dia juga sedar usianya semakin bertambah tua, dan kalah bersaing dengan artis pendatang baru yang lebih muda.

"Aku mengemas semua barang-barangku yang berkaitan dengan karier lakonanku, dan aku membakarnya semua," kata Heather seperti dikutip Dailymail, Khamis (22/12/2011).

Kini Donna sibuk dengan usahanya menanam ganja, dan menjualnya. Tapi tentu, ganja yang dijualnya hanya untuk keperluan medik, dan pengubatan. Dia yakin, ganja merupakan tanaman yang sangat bermanfaat bagi kesihatan.

"Ganja itu sangat berkaitan dengan budaya manusia selama ribuan tahun. Ganja ada untuk keperluan medik, sebagai sebuah industri dan sebagai komponen budaya," jelasnya.


SUMBER

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...