Join The Community

Search

Sunday 25 December 2011

Lelaki Ini Tidak Pernah Mandi Lebih 37 Tahun

                                     Kailash Singh bersama isterinya Kalavathi Devi

Mungkinkah lelaki ini manusia paling berbau busuk di dunia?  Kailash Singh, 65, tidak pernah mandi dan memotong rambutnya yang sudah mencapai 6 kaki panjang sejak tahun 1974, sejurus selepas beliau berkahwin dengan isterinya Kalavati Devi, 60 tahun.


                                                                     Kailash Singh 
 
Apabila ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, alasannya adalah kerana beliau amat  percaya dengan  nasihat seorang tok guru bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki bertuah sekiranya mengamalkan petua tidak mandi.  Kailash Singh kini mempunyai 7 orang anak perempuan. Isterinya pernah mengugut tidak mahu tidur dengannya namun sia-sia saja kerana Kailash Singh tetap bertegas dengan tindakannya itu.


                                                    Ritual setiap malam Kailash Singh

Setiap hari Kailash Singh akan menghabiskan hari-harinya dengan lembu peliharaannya dalam cuaca sangat panas mencecah 47C.  Namun dia hanya melakukan 'pembersihan' dengan 'mandi unggun api' pada setiap malam sambil menghisap marijuana, berdoa kepada Tuhan Hindu Siva dan menari di sekeliling unggun api.

'Beliau lebih rela mati daripada mandi dan hanya seorang anak lelaki boleh menukar fikirannya. Ia telah berlalu bertahun-tahun dan  kini saya sudah biasa dengan keadaannya 

"Saya belum mempunyai anak lelaki, jadi saya tidak akan membersihkan diri  saya.Mungkin apabila saya dilahirkan semula barulah saya akan mandi," katanya.

Sumber

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...