Join The Community

Search

Friday 23 December 2011

LELAKI Mati Terkena KEJUTAN ELEKTRIK Ketika MANDI

Mangsa renjatan - Tye Chuan Sin

GEORGETOWN - Seorang lelaki ditemui maut setelah terkena renjatan elektrik ketika mandi di bilik air di rumahnya di Changkat Bukit Gambir, petang semalam.

Tye Chuan Sin, 40 tahun ditemui dalam keadaan hos mandian berbelit pada lehernya.

Terdapat juga kesan terbakar pada mulut, bahu kanan dan dadanya, dipercayai kerana renjatan elektrik daripada alat pemanas air yang mengalami masalah litar pintas.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, walaupun kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, siasatan masih diteruskan jika ada sebarang unsur-unsur jenayah.

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...