Join The Community

Search

Sunday 25 December 2011

Pancing Haruan, Dapat Ikan Bergigi Manusia

ALOR SETAR – Seorang pekerja swasta terkejut setelah mendapati seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seakan-akan gigi manusia.
Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, memancing di Tasik Beris.
Dia yang kini bekerja di Maran, Pahang, sering memancing bersama-sama saudaranya setiap kali pulang bercuti di kampung.
“Sasaran kami ialah untuk memancing ikan haruan dan berbekalkan umpan katak, kami berjaya menaikkan kira-kira 10 ikan haruan.
“Bagaimanapun, inilah kali pertama saya melihat ikan yang memiliki gigi seakan-akan gigi manusia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abdul Ghafar berkata, ikan ganjil itu dipancing anak saudaranya, Farizul malah ia yang paling awal menyambar umpan.

Sumber

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...